Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Pasir Pekan. la tidak mempunyai bangunan tetap dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan di sebelah petang. Bilangan pelajar ketika itu seramai 169 orang, terbahagi kepada 5 kelas. Tenaga pelajar seramai 5 orang dan Guru Besar pertama ialah Encik Mohd Daham bin Haji Abd Hamid berasal dari Kubang Kerian. Pada 9 September 1966, pelajar-pelajar berpindah ke bangunan kekal yang siap dibina pada pertengahan tahun 1966. blok-blok bangunan terdiri dari 2 blok utama A dan B serta kantin dan sebuah bengkel seni perusahaan.
Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Encik Mohd Khir bin Johari pada 2 Julai 1967. Dengan dipersetujui oleh keluarga Allahyarham Major Haji Mahmud Mahyidin D.P.M.K., M.B.E. sekolah ini telah diberi nama beliau sebagai tokoh yang telah banyak berjasa di bidang pelajaran, ketenteraan serta kebajikan rakyat di Kelantan khasnya. Sehingga sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment